Friday, 16 May 2014

SELAMAT HARI GURU


SELAMAT HARI GURU SMK TAMAN MOLEK
"Terima Kasih Cikgu

Tema: " Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi"

Tulus ikhlas daripada:
Warga PSS SMK Taman Molek

          BERBURU ke padang datar
          Dapat rusa belang kaki
          Berguru kepala ajar
          Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
 
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


          Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
          Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
          Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
          Jika hari ini seorang ulama yang mulia
          Jika hari ini seorang peguam menang bicara
          Jika hari ini seorang penulis terkemuka
          Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
          Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
          Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;


           Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
           Semakin bererti tugasnya kepada negara.
           Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
           Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
           Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
           Menjadi kenangan ke akhir hayat.

 
USMAN AWANG 
1979


Diterbitkan oleh:
Unit Terbitan dan Majalah

Sunday, 11 May 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

SELAMAT HARI WESAK 

Ikhlas daripada:
WARGA SMK TAMAN MOLEK 

Sunday, 4 May 2014

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014


Tarikh Peperiksaan: 05 Mei 2014 - 25 Mei 2014




Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Penerbitan

Friday, 18 April 2014

SELAMAT DATANG KEPADA PANEL PENILAI PSS CEMERLANG NEGERI JOHOR 2014


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA 
PANEL PENILAI PSS CEMERLANG NEGERI JOHOR 2014

Ke
SMK TAMAN MOLEK

Tarikh: 23 April 2014 
Masa: 8.00 pagi

Selamat Datang Aluan Bicara
Taman Molek Santunan Budaya
PSS Cemerlang Tandingan Acara
Impian Juara Menang Bergaya

Tuesday, 15 April 2014

KARNIVAL PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014

PERASMIAN KARNIVAL PUSAT SUMBER DAN MINGGU SAINS & MATEMATIK

Tarikh: 13 April 2014 - 17 April 2014

Disempurnakan oleh:
EN. K.TAMILVANTHAN
(Pengetua)

Alhamdulillah kerjasama antara Pusat Sumber SMK Taman Molek dan Panitia Sains dan Matematik telah dapat menjayakan Karvival PSS dan Minggu Sains & Matematik bagi tahun 2014

Pelbagai aktiviti dirancang bagi menggalakkan penglibatan pelajar sekolah. Antaranya Saintis Muda, Kuiz Pusat Sumber, Kuiz Matematik, Kuiz Sains, Pencarian Tokoh NILAM, pembaca buku terbanyak (kategori guru dan pelajar) dan banyak lagi.

Tahniah diucapkan kepada Unit PSS dan Panitia Sains & Matematik atas kerjasama yang diberikan.

Friday, 21 March 2014

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH


Bermula pada 17 Mac - 19 Mac 2014 yang lalu SMK Taman Molek telah menghantar beberapa orang pelajar untuk mewakili pertandingan Pidato, Sajak, Forum Remaja dan Syair.

Beberapa perserta telah berjaya melakar sejarah dengan mendapat Johan bagi pertandingan Pidato Piala Diraja iaitu saudara Muhammad Ariff Shah bin Mohd Ariffin dan tempat keempat bagi pertandingan Forum Remaja Sekolah serta Pengerusi Terbaik Forum Remaja iaitu saudari Raja Ilya Nabilah.

Untuk rekod saudara Muhammad Ariff Shah bin Mohd Ariffin akan mewakili daerah Pasir Gudang ke Pertandingan Pidato Piala Diraja peringkat Negeri Johor yang akan diadakan di SMK Megah Ria pada 08 April 2014.
Marilah sama-sama kita doakan agar beliau akan terus melakar kejayaan.

Thursday, 20 March 2014

SELAMAT BERCUTI KEPADA WARGA SMKTM


SELAMAT BERCUTI
21 Mac 2014 - 29 Mac 2014

Warga sekolah ingin mengucapkan selamat bercuti (penggal 1) kepada para pelajar SMK Taman Molek.
Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti yang diberikan sebaik mungkin dengan menelaah pelajaran dan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan

Sunday, 16 March 2014

BULAN SAINS DAN TEKNOLOGI


Pada minggu lepas, Unit Majalah dan Terbitan telah mengutarakan isu alam sekitar. Juteru, pada kali ini, kami ingin berkongsi tentang punca-punca yang menyebabkan pencemaran dalam ruangan TAHUKAH ANDA?

TAHUKAH ANDA?

Punca-punca yang menyebabkan pencemaran.

1. Pencemaran Udara

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan Pengguna, jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialan punca utama pencemaran ini (58.1%), diikuti oleh stesen janakuasa (23.9%), pembakaran bahan api industry (9.4%), pemprosesan industry (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Bendasing ini adalah dalam bentuk asap, habuk, wap dan gas atau ap-apa campuran bahan-bahan ini.

2. Pencemaran Air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan terhadap manusia apabila digunkan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.
Antara punca-punca pencemaran air ialah:
  • Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
  • Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak mermerlukan kos pelupusan.


3. Pencemaran laut
Punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :
  • Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut dan membawa pencemaran bersama-samanya.
  • MInyak yang tumpah daaripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut  di samping itu menyusahkan tangkapan nelayan di laut.
  • Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.

 





4. Pencemaran tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.Pencemaran jni disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik.
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :
  • Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang
  • Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran ini.
  • Penggunaan racun seranggan secara berlebih-lebihan.
  • Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-niali maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah. Pembalakan yang bertujuan untuk menggerakkan industry hiliran bagi mambangunkan ekonomi juga mengubah rupa bumi di kawasan berkenaan.
Pencemaran tanah juga memberikan kesan ke atas aktivit harian manusia. Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.


 5. Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang berterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80dB(A) dan pecemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini bh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.
Punca-punca pencemaran ini ialah :
  • Bunyi yang berpunca daripada proses pembangunan.
  • Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
  • Industri-industri juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran bunyi. Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kederaan dan sebagainya.




Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan

Monday, 10 March 2014

BERDOALAH UNTUK MH370


Ingatan dan doa kami sentiasa bersama anda


Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan

Sunday, 9 March 2014

BULAN SAINS DAN TEKNOLOGI


Bersempena dengan bulan sains dan teknologi, Unit Majalah dan Terbitan akan mengetengahkan isu alam sekitar sebgai rujukan bersama.
 
TAHUKAH ANDA?
Dalam usaha mengejar kemajuan Negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projen-projek pembangunan sesebuah Negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonimi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negative akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin  mendesak ini mengakibatkan kesan pencemaran. Ksemua kesan negative pembangunan ke atas alam sekitar, setiap akitiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
Pencemaran boleh ditakfirkan sebagai pembuagan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.
Pencemaran dapat dibagikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :

  • Pencemaran udara
  • Pencemaran air
  • Pencemaran laut
  • Pencemaran bunyi
  • Pencemaran tanah
  • Pencemaran haba
  • Pencemaran sungai dan kolam
Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa pengukuran ini, kosep pencemaran menjadi kabur. Contohnya, sesuatu buah-buahan itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya. Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berlainan pula. Bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.

Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan

Tuesday, 4 March 2014

PELANCARAN NILAM 2014



PELANCARAN NILAM 2014
Pada 02 MAC 2014. PSS Taman Molek telah melancarkan Program NILAM bagi tahun 2014.
Pelancaran telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Taman Molek.
En K.Tamilvanthan

ATURCARA MAJLIS
1) BACAAN DOA 
2) UCAPAN PENGERUSI (PN NORASHIKIN BT MOHD FADHIL)
3) PENGETUA MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN MELANCARKAN PROGRAM  NILAM
4) GIMIK NILAM GURU ( SIMBOLIK PENYERAHAN BUKU NILAM GURU
     -  PUAN NIK MASTURA SAMPAIKAN KEPADA PUAN MAIMUNAH.
         5)   GIMIK NILAM PIBG ( SIMBOLIK PENYERAHAN BUKU NILAM  LENTUR BULUH  BIAR DARI REBUNG)
             -  PUAN NIK MASTURA SAMPAIKAN SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG
  6)   SIMBOLIK PENYERAHAN BAUCER KEPADA KOPERASI
      -  PUAN NIK MASTURA SAMPAIKAN KEPADA PN NORLIANA BINTI ISMAIL
  7)  PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PEMBACA BUKU TERBANYAK
  8)  PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH NILAM 2014
       -  MUHAMMAD ARIFF SHAH BIN MOHD ARIFFIN ( Tempat Ketiga Tokoh Nilam Peringkat Daerah)
  9) PENYAMPAIAN SIJIL GURU   

Sunday, 2 March 2014

BULAN KESIHATAN

  

Pada kali ini, Unit Majalah dan Terbitan ingin berkongsi langkah untuk mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita yang kian berleluasa saban tahun dalam ruangan TAHUKAH ANDA?.

TAHUKAH ANDA?
Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi penularan bahaya najis dadah dalam kalangan masyarakat di negara kita. Berikut dinyatakan langkah-langkah mengatasi najis dadah:-

1) Kempen
  • Kempen harus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan swasta
  • Aktiviti dilangsungkan haruslah dikenal pasti terlebih dahulu keberkesanannya
  • Harus melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran para penjual dadah.

2) Gaya hidup yang sihat
  • Mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri
  • Berehat daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan (elak pengambilan dadah)
  • Melakukan senaman ringan
  • Menyertai program bermanfaat pada masa lapang. (contoh: mengadakan kumpulan perbincangan)
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Menjaga kebersihan dari segi mental dan fizikal melalui ajaran agama masing-masing

3) Pendidikan
  • Sekolah (program 5 minit antidadah)
  • Skim Lencana Antidadah
  • Ceramah dan Pameran antidadah
  • Kaunseling kelompok dan individu
  • Seminar Pendidikan keibubapaan (Parenting education)
  • Program Motivasi

4) Media massa
  • Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelunggu oleh dadah dipaparkan di
  • majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai.
  • Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah(contoh: PEMADAM , PENGASIH)
  • Menarik minat penonton dengan menyelitkan hiburan agar mesej dapat disampaikan dengan jelas
Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan

Sunday, 23 February 2014

BULAN KESIHATAN


Minggu lepas Unit Majalah dan Terbitan telah mengeluarkan artikel berkaitan najis dadah. Pada minggu ini, kami ingin mengetengahkan tentang kesan penyalahgunaan dadah.

TAHUKAH ANDA??
 
  1. Tubuh badan yang siaht menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makanyang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.
  2. Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka.
  3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.
  4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan.
  5. Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.
  6. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.
  7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana bdipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.
  8. Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami.
  9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.
Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.
 
 
Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan

Wednesday, 12 February 2014

REHAT SEKETIKA

TAHUKAH ANDA?

Dadah atau dengan bahasa englishnya "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "Drug", perkataan "Use", "Misuse" atau "Abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenios bahan yang mendatangkan memudaratan kepada kesihatan seseoarang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah di dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine".Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, pengunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini. Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin, syabu, dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan dan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan

Tuesday, 11 February 2014

PENULISAN PILIHAN

KEPENTINGAN BAHASA KEBANGSAAN KEPADA NEGARA


Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah yang menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa

Rangkap diatas merupakan sebahagian daripda lirik lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat ke pulau angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi budi kerana bahasa.

          Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang popular ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa Austonesia dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa – bahasa etnik yang dtuturkan di Nusantara seperti Malaysia, indonesia, Brunei, Singapura, bahagian selatan Thai dan Filipina sehinggalah ke Pulau Cristmas di Australia. Di Malaysia, bahasa Malaysia dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan selepas Malaysia  bebas daripada belenggu penjajah selama beratus tahun lamanya. Bahasa Malaysia telah diiktiraf dalam Perkara 152  (1) Perlembagaan Persekutuan yang digunakan oleh semua masyarakat dalam semua urusan seharian. Dengan itu, terdapat pelbagai kepentingan bahasa Malaysia kepada negara kita.


           Melaka pernah menjadi saksi bahawa bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa perantaraan atau lebih dikenali sebagai lingua franca semasa zaman kegemilangannya dahulu. Semasa abad ke -15, Melaka dijadikan sebagai pusat perdagangandan merupakan pelabuhan terkenal. Ramai pelancong dari seantero dunia seperti Timur Tengah, Arab, India, negara-negara Eropah, Jawa , Bugis dan sebagainya daatng untuk berdagang dan menyebabkan Melaka menjadi sebuah negeri yang mempunyai masyarakat yang majmuk. Pada masa yang inilah, bahasa malaysia dijadikan sebagai lingua franca untuk memudahkan komunikasi antara pedagang. Hal ini demikian kerana, bahasa Malaysia mudah difahami dan bahasa ini juga sebenarnya merupakan bahasa yang paling banyak meminjam daripada perkataan bahasa lain. Sebagai contohnya, ‘zalim’ , ‘rezeki’ dipinjam daripada bahasa Arab. Jika lingua franca  tidak diwujudkan pedagang-pedagang tersebut tidak akan memahami antara satu sama lain seperti ayam bercakap dengan itik. Oleh itu, bahasa Malaysia penting dalam mewujudkan persefahaman dalam masyarakat yang majmuk.

          Seterusnya, bahasa sebagai identiti negara yang seharusnya dibanggakan oleh seluruh rakyat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, melalui bahasa, negara kita terkenal dengan negara yang berbudi dan berbahasa. Negara kita juga terkenal dengan kepelbagaian etnik dan budaya serta kaum. Bagaimanakah kaum-kaum  dan etnik-etnik ini disatukan? Mereka disatukan di bawah satu bahasa yang dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana, tidak kira berbangsa Cina atau India serta tidak kisah jika kita Orang Asli sekalipun, apabila kita bernaung di bawah panji Malaysia kita wajar memartabatkan bahasa dan mengekalkannya supaya bahasa Malaysia tidak hilang di bumi melayu. Jika kita lihat negara-negara membangun seperti Jepun, Korea, Perancis mereka semua menggunakan bahasa ibunda mereka untuk memajukan negara mereka sendiri. Jadi mengapa kita tidak menjadikan mereka sebagai negara yang menjadi role model untuk kita memajukan Malaysia? Dengan menjadikan negara-negara ini sebagai inspirasi untuk membangunkan Malaysia , kita mestilah kita mestilah memartabatkan bahasa Malaysia untuk memajukan Malaysia dengan identiti kita sendiri supaya kita duduk sama rendah , berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang maju.

           Bahasa sebagai alat perpaduan merupakan senjata paling ampuh untuk merealisasikan  Konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh yang amat berhormat, Perdana Menteri kita yang keenam iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau mewujudkan konsep ini kerana, melalui bahasa Malaysia kita mampu mencapai persefahaman sesama rakyat tanpa mengira bangsa atau kaum. Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan yang digunakan sebagai lambang penyatuan suara rakyat Malaysia yang juga berfungsi sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat. Perpaduan negara kita dapat dilihat di mana-mana sahaja. Sebagai contohnya, masyarakat Melayu sekarang ramai yanng mengusahakan perniagaan nasi ayam yang menjadi lambang masyarakat Cina, manakala masyarakat India juga banyak mengusahakan restoran yang menghidangkan makanan orang Melayu seperti nasi lemak. Dengan itu, bahasa amat penting untuk menyatukanpadukan rakyat malaysia agar negara sentiasa aman dan sentosa.


           Bahasa Malaysia berperanan sebagai bahasa penghantar ilmu mengetengahkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda lain seperti cina dan tamil di sekolah jenis kebangsaan. Selepas negara kita bebas daripada cengkaman penjajah, bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan penggunaannya diluaskan ke peringkat sekolah menengah yang menjadi sekolah umum yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar rasmi sehingga ke hari ini.Pelaksanaan  Memertabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang telah dijalankann pada awal tahun 2012 telah memperlihatkan hasil yang baik dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Oleh itu, pelajar khususnya harus mengangkat bahasa Malaysia ke persada antarabangsa.

          Di samping itu, keindahan bahasa Malaysia dapat dibuktikan dengan keberhasilan menarik minat pelancong asing untuk datang ke negara kita. Hal ini demikian kerana, terdapat Fakulti Bahasa Malaysia di luar negara dan mereka yang belajar di fakulti ini dapat mempelajari tentang keistimewaan bahasa Malaysia serta budaya Malaysia. Pelajar asing yang mengambil jurusan Linguistik akan minat untuk mengkaji bahasa Malaysia. Tambahan pula, pertandingan Pidato Antarabangsa yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendapat sambutan yang memberansangkan, dimana peserta-peserta terdiri daripada beberapa buah negara seperti Korea, Jepun, Thailand, Canada dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa bahasa Malaysia sudah mendapat tempat di negara –negara lain dan mampu untuk menarik minat mereka untuk datang ke Malaysia sama ada untuk melawat atau untuk menyertai pertandingan yang membolehkan mereka belajar bahasa Malaysia. Oleh itu, bahasa dapat menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia.


               Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia wajar mengangkat bahasa Malaysia sebagai bahasa yang boleh memajukan negara. Pelaksanaan MBMMBI juga merupakan satu kemenangan kepada pejuang-pejuang bahasa yang tidak berputus asa bagi merealisasikan usaha ini. Semua  lapisan masyarakat tidak mengira umur, bangsa atau kaum harus menyedari hakikat bahawa jika kita hendak maju seperti negara Jepun yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri, kita harus bermula dari sekarang. Biarpun permulaannya agak perlahan namun jika kita sentiasa mengamalkannya dan menerajuinya, kita mampu menjadi seperti negara Jepun bahkan lebih maju daripadanya. Langkah ini diibaratkan seperti bayi yang baru merangkak hingga menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Adakah kita mampu melakukannya? Tepuk dada, tanya selera.
Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan

Sunday, 2 February 2014

MINGGU BAHASA MELAYU






Tarikh 02 Februari 2014 hingga 06 Februari 2014 ditetapkan sebagai minggu panitia Bahasa Melayu bersesuaian dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan Memartabatkan Bahasa Inggeris maka Persatuan Bahasa Melayu telah merancang dan akan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menjayakan Minggu Bahasa Melayu tersebut.
Objektif
  • Meningkatkan kemahiran Bahasa Melayu dalam kalangan murid.
  •  Menambahkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.
  •  Menggalakkan murid-murid menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian mereka.
Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan

Friday, 31 January 2014

SOROTAN PERISTIWA 2013



















Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan.

Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan

Wednesday, 22 January 2014

PANORAMA SMK TAMAN MOLEK

SEKITAR PEMANDANGAN SMK TAMAN MOLEK
"Sekolah Ceria Warga Bahagia"

Terbang tempua indah berbalam,
Daun selasih tepian sawah,
Gerbang dibuka titipan salam,
Jalinan kasih tautan ukhwah.

Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan

Friday, 3 January 2014

WARGA SMK TAMAN MOLEK 2013







TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Kenali Warga SMK Taman Molek yang komited bagi memastikan kecemerlangan sekolah terus unggul dalam bidang akademik bahkan juga kokurikulum.

Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan