Dadah atau dengan bahasa englishnya "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan "Drug"
bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian untuk memberi takrif
penyalahgunaan kepada "Drug", perkataan "Use", "Misuse" atau "Abuse"
perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenios bahan
yang mendatangkan memudaratan kepada kesihatan seseoarang dari segi
fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan.
Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan
menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.
Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah di dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic"
membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan
coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai
"caffeine".Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan
ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh
itu, pengunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi
undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang
pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan
masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu,
Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952
untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport,
pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini. Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin, syabu, dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan dan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".
Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan
No comments:
Post a Comment