Pada kali ini, Unit Majalah dan Terbitan ingin berkongsi langkah untuk mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita yang kian berleluasa saban tahun dalam ruangan TAHUKAH ANDA?.
TAHUKAH ANDA?
Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi penularan bahaya najis dadah dalam kalangan masyarakat di negara kita. Berikut dinyatakan langkah-langkah mengatasi najis dadah:-
1) Kempen
- Kempen harus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan swasta
- Aktiviti dilangsungkan haruslah dikenal pasti terlebih dahulu keberkesanannya
- Harus melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran para penjual dadah.
2) Gaya hidup yang sihat
- Mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri
- Berehat daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan (elak pengambilan dadah)
- Melakukan senaman ringan
- Menyertai program bermanfaat pada masa lapang. (contoh: mengadakan kumpulan perbincangan)
- Sentiasa berfikiran positif
- Menjaga kebersihan dari segi mental dan fizikal melalui ajaran agama masing-masing
3) Pendidikan
- Sekolah (program 5 minit antidadah)
- Skim Lencana Antidadah
- Ceramah dan Pameran antidadah
- Kaunseling kelompok dan individu
- Seminar Pendidikan keibubapaan (Parenting education)
- Program Motivasi
4) Media massa
- Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelunggu oleh dadah dipaparkan di
- majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai.
- Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah(contoh: PEMADAM , PENGASIH)
- Menarik minat penonton dengan menyelitkan hiburan agar mesej dapat disampaikan dengan jelas
Unit Majalah dan Terbitan
No comments:
Post a Comment