Pada minggu lepas, Unit Majalah dan Terbitan telah mengutarakan isu alam sekitar. Juteru, pada kali ini, kami ingin berkongsi tentang punca-punca yang menyebabkan pencemaran dalam ruangan TAHUKAH ANDA?
TAHUKAH ANDA?
Punca-punca yang menyebabkan pencemaran.
1. Pencemaran Udara
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui
akhbar Utusan Pengguna, jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara
bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah
ini, kenderaan ialan punca utama pencemaran ini (58.1%), diikuti oleh
stesen janakuasa (23.9%), pembakaran bahan api industry (9.4%),
pemprosesan industry (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%).
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam
kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan,
binatang dan harta benda. Bendasing ini adalah dalam bentuk asap, habuk,
wap dan gas atau ap-apa campuran bahan-bahan ini.
2. Pencemaran Air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,
keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan
terhadap manusia apabila digunkan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari
segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam
pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh
berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.
Antara punca-punca pencemaran air ialah:
- Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh
sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran
air.
- Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam
sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap
mudah kerana tidak mermerlukan kos pelupusan.
3. Pencemaran laut
Punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :
- Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut dan membawa pencemaran bersama-samanya.
- MInyak yang tumpah daaripada tangki minyak dan pelantar minyak
merebak di lautan lalu membunuh burung laut di samping itu menyusahkan
tangkapan nelayan di laut.
- Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.
4. Pencemaran tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan
hakisan.Pencemaran jni disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk
air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organic,
kimia atau fizik.
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :
- Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang
- Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran ini.
- Penggunaan racun seranggan secara berlebih-lebihan.
- Sikap manusia yang jarang menghargai
nilai-niali maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.
Pembalakan yang bertujuan untuk menggerakkan industry hiliran bagi
mambangunkan ekonomi juga mengubah rupa bumi di kawasan berkenaan.
Pencemaran tanah juga memberikan kesan ke atas aktivit harian
manusia. Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak
berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.
5. Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang berterlaluan sehingga
menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80dB(A) dan
pecemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran
ini bh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebisingan selang-seli,
kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.
Punca-punca pencemaran ini ialah :
- Bunyi yang berpunca daripada proses pembangunan.
- Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
- Industri-industri juga merupakan
penyumbang kea rah pencemaran bunyi. Bunyi-bunyi ini datangnya daripada
penggunaan jentera, kederaan dan sebagainya.
Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan