Sunday, 23 February 2014

BULAN KESIHATAN


Minggu lepas Unit Majalah dan Terbitan telah mengeluarkan artikel berkaitan najis dadah. Pada minggu ini, kami ingin mengetengahkan tentang kesan penyalahgunaan dadah.

TAHUKAH ANDA??
 
  1. Tubuh badan yang siaht menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makanyang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.
  2. Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka.
  3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.
  4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan.
  5. Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.
  6. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.
  7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana bdipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.
  8. Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami.
  9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.
Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.
 
 
Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan

Wednesday, 12 February 2014

REHAT SEKETIKA

TAHUKAH ANDA?

Dadah atau dengan bahasa englishnya "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "Drug", perkataan "Use", "Misuse" atau "Abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenios bahan yang mendatangkan memudaratan kepada kesihatan seseoarang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah di dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine".Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, pengunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini. Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin, syabu, dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan dan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan

Tuesday, 11 February 2014

PENULISAN PILIHAN

KEPENTINGAN BAHASA KEBANGSAAN KEPADA NEGARA


Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah yang menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa

Rangkap diatas merupakan sebahagian daripda lirik lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat ke pulau angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi budi kerana bahasa.

          Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang popular ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa Austonesia dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa – bahasa etnik yang dtuturkan di Nusantara seperti Malaysia, indonesia, Brunei, Singapura, bahagian selatan Thai dan Filipina sehinggalah ke Pulau Cristmas di Australia. Di Malaysia, bahasa Malaysia dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan selepas Malaysia  bebas daripada belenggu penjajah selama beratus tahun lamanya. Bahasa Malaysia telah diiktiraf dalam Perkara 152  (1) Perlembagaan Persekutuan yang digunakan oleh semua masyarakat dalam semua urusan seharian. Dengan itu, terdapat pelbagai kepentingan bahasa Malaysia kepada negara kita.


           Melaka pernah menjadi saksi bahawa bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa perantaraan atau lebih dikenali sebagai lingua franca semasa zaman kegemilangannya dahulu. Semasa abad ke -15, Melaka dijadikan sebagai pusat perdagangandan merupakan pelabuhan terkenal. Ramai pelancong dari seantero dunia seperti Timur Tengah, Arab, India, negara-negara Eropah, Jawa , Bugis dan sebagainya daatng untuk berdagang dan menyebabkan Melaka menjadi sebuah negeri yang mempunyai masyarakat yang majmuk. Pada masa yang inilah, bahasa malaysia dijadikan sebagai lingua franca untuk memudahkan komunikasi antara pedagang. Hal ini demikian kerana, bahasa Malaysia mudah difahami dan bahasa ini juga sebenarnya merupakan bahasa yang paling banyak meminjam daripada perkataan bahasa lain. Sebagai contohnya, ‘zalim’ , ‘rezeki’ dipinjam daripada bahasa Arab. Jika lingua franca  tidak diwujudkan pedagang-pedagang tersebut tidak akan memahami antara satu sama lain seperti ayam bercakap dengan itik. Oleh itu, bahasa Malaysia penting dalam mewujudkan persefahaman dalam masyarakat yang majmuk.

          Seterusnya, bahasa sebagai identiti negara yang seharusnya dibanggakan oleh seluruh rakyat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, melalui bahasa, negara kita terkenal dengan negara yang berbudi dan berbahasa. Negara kita juga terkenal dengan kepelbagaian etnik dan budaya serta kaum. Bagaimanakah kaum-kaum  dan etnik-etnik ini disatukan? Mereka disatukan di bawah satu bahasa yang dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana, tidak kira berbangsa Cina atau India serta tidak kisah jika kita Orang Asli sekalipun, apabila kita bernaung di bawah panji Malaysia kita wajar memartabatkan bahasa dan mengekalkannya supaya bahasa Malaysia tidak hilang di bumi melayu. Jika kita lihat negara-negara membangun seperti Jepun, Korea, Perancis mereka semua menggunakan bahasa ibunda mereka untuk memajukan negara mereka sendiri. Jadi mengapa kita tidak menjadikan mereka sebagai negara yang menjadi role model untuk kita memajukan Malaysia? Dengan menjadikan negara-negara ini sebagai inspirasi untuk membangunkan Malaysia , kita mestilah kita mestilah memartabatkan bahasa Malaysia untuk memajukan Malaysia dengan identiti kita sendiri supaya kita duduk sama rendah , berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang maju.

           Bahasa sebagai alat perpaduan merupakan senjata paling ampuh untuk merealisasikan  Konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh yang amat berhormat, Perdana Menteri kita yang keenam iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau mewujudkan konsep ini kerana, melalui bahasa Malaysia kita mampu mencapai persefahaman sesama rakyat tanpa mengira bangsa atau kaum. Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan yang digunakan sebagai lambang penyatuan suara rakyat Malaysia yang juga berfungsi sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat. Perpaduan negara kita dapat dilihat di mana-mana sahaja. Sebagai contohnya, masyarakat Melayu sekarang ramai yanng mengusahakan perniagaan nasi ayam yang menjadi lambang masyarakat Cina, manakala masyarakat India juga banyak mengusahakan restoran yang menghidangkan makanan orang Melayu seperti nasi lemak. Dengan itu, bahasa amat penting untuk menyatukanpadukan rakyat malaysia agar negara sentiasa aman dan sentosa.


           Bahasa Malaysia berperanan sebagai bahasa penghantar ilmu mengetengahkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda lain seperti cina dan tamil di sekolah jenis kebangsaan. Selepas negara kita bebas daripada cengkaman penjajah, bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan penggunaannya diluaskan ke peringkat sekolah menengah yang menjadi sekolah umum yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar rasmi sehingga ke hari ini.Pelaksanaan  Memertabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang telah dijalankann pada awal tahun 2012 telah memperlihatkan hasil yang baik dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Oleh itu, pelajar khususnya harus mengangkat bahasa Malaysia ke persada antarabangsa.

          Di samping itu, keindahan bahasa Malaysia dapat dibuktikan dengan keberhasilan menarik minat pelancong asing untuk datang ke negara kita. Hal ini demikian kerana, terdapat Fakulti Bahasa Malaysia di luar negara dan mereka yang belajar di fakulti ini dapat mempelajari tentang keistimewaan bahasa Malaysia serta budaya Malaysia. Pelajar asing yang mengambil jurusan Linguistik akan minat untuk mengkaji bahasa Malaysia. Tambahan pula, pertandingan Pidato Antarabangsa yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendapat sambutan yang memberansangkan, dimana peserta-peserta terdiri daripada beberapa buah negara seperti Korea, Jepun, Thailand, Canada dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa bahasa Malaysia sudah mendapat tempat di negara –negara lain dan mampu untuk menarik minat mereka untuk datang ke Malaysia sama ada untuk melawat atau untuk menyertai pertandingan yang membolehkan mereka belajar bahasa Malaysia. Oleh itu, bahasa dapat menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia.


               Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia wajar mengangkat bahasa Malaysia sebagai bahasa yang boleh memajukan negara. Pelaksanaan MBMMBI juga merupakan satu kemenangan kepada pejuang-pejuang bahasa yang tidak berputus asa bagi merealisasikan usaha ini. Semua  lapisan masyarakat tidak mengira umur, bangsa atau kaum harus menyedari hakikat bahawa jika kita hendak maju seperti negara Jepun yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri, kita harus bermula dari sekarang. Biarpun permulaannya agak perlahan namun jika kita sentiasa mengamalkannya dan menerajuinya, kita mampu menjadi seperti negara Jepun bahkan lebih maju daripadanya. Langkah ini diibaratkan seperti bayi yang baru merangkak hingga menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Adakah kita mampu melakukannya? Tepuk dada, tanya selera.
Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan

Sunday, 2 February 2014

MINGGU BAHASA MELAYU






Tarikh 02 Februari 2014 hingga 06 Februari 2014 ditetapkan sebagai minggu panitia Bahasa Melayu bersesuaian dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan Memartabatkan Bahasa Inggeris maka Persatuan Bahasa Melayu telah merancang dan akan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menjayakan Minggu Bahasa Melayu tersebut.
Objektif
  • Meningkatkan kemahiran Bahasa Melayu dalam kalangan murid.
  •  Menambahkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.
  •  Menggalakkan murid-murid menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian mereka.
Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan