Friday, 16 May 2014

SELAMAT HARI GURU


SELAMAT HARI GURU SMK TAMAN MOLEK
"Terima Kasih Cikgu

Tema: " Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi"

Tulus ikhlas daripada:
Warga PSS SMK Taman Molek

          BERBURU ke padang datar
          Dapat rusa belang kaki
          Berguru kepala ajar
          Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
 
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


          Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
          Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
          Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
          Jika hari ini seorang ulama yang mulia
          Jika hari ini seorang peguam menang bicara
          Jika hari ini seorang penulis terkemuka
          Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
          Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
          Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;


           Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
           Semakin bererti tugasnya kepada negara.
           Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
           Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
           Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
           Menjadi kenangan ke akhir hayat.

 
USMAN AWANG 
1979


Diterbitkan oleh:
Unit Terbitan dan Majalah

Sunday, 11 May 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

SELAMAT HARI WESAK 

Ikhlas daripada:
WARGA SMK TAMAN MOLEK 

Sunday, 4 May 2014

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014


Tarikh Peperiksaan: 05 Mei 2014 - 25 Mei 2014




Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Penerbitan

Friday, 18 April 2014

SELAMAT DATANG KEPADA PANEL PENILAI PSS CEMERLANG NEGERI JOHOR 2014


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA 
PANEL PENILAI PSS CEMERLANG NEGERI JOHOR 2014

Ke
SMK TAMAN MOLEK

Tarikh: 23 April 2014 
Masa: 8.00 pagi

Selamat Datang Aluan Bicara
Taman Molek Santunan Budaya
PSS Cemerlang Tandingan Acara
Impian Juara Menang Bergaya

Tuesday, 15 April 2014

KARNIVAL PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014

PERASMIAN KARNIVAL PUSAT SUMBER DAN MINGGU SAINS & MATEMATIK

Tarikh: 13 April 2014 - 17 April 2014

Disempurnakan oleh:
EN. K.TAMILVANTHAN
(Pengetua)

Alhamdulillah kerjasama antara Pusat Sumber SMK Taman Molek dan Panitia Sains dan Matematik telah dapat menjayakan Karvival PSS dan Minggu Sains & Matematik bagi tahun 2014

Pelbagai aktiviti dirancang bagi menggalakkan penglibatan pelajar sekolah. Antaranya Saintis Muda, Kuiz Pusat Sumber, Kuiz Matematik, Kuiz Sains, Pencarian Tokoh NILAM, pembaca buku terbanyak (kategori guru dan pelajar) dan banyak lagi.

Tahniah diucapkan kepada Unit PSS dan Panitia Sains & Matematik atas kerjasama yang diberikan.

Friday, 21 March 2014

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH


Bermula pada 17 Mac - 19 Mac 2014 yang lalu SMK Taman Molek telah menghantar beberapa orang pelajar untuk mewakili pertandingan Pidato, Sajak, Forum Remaja dan Syair.

Beberapa perserta telah berjaya melakar sejarah dengan mendapat Johan bagi pertandingan Pidato Piala Diraja iaitu saudara Muhammad Ariff Shah bin Mohd Ariffin dan tempat keempat bagi pertandingan Forum Remaja Sekolah serta Pengerusi Terbaik Forum Remaja iaitu saudari Raja Ilya Nabilah.

Untuk rekod saudara Muhammad Ariff Shah bin Mohd Ariffin akan mewakili daerah Pasir Gudang ke Pertandingan Pidato Piala Diraja peringkat Negeri Johor yang akan diadakan di SMK Megah Ria pada 08 April 2014.
Marilah sama-sama kita doakan agar beliau akan terus melakar kejayaan.

Thursday, 20 March 2014

SELAMAT BERCUTI KEPADA WARGA SMKTM


SELAMAT BERCUTI
21 Mac 2014 - 29 Mac 2014

Warga sekolah ingin mengucapkan selamat bercuti (penggal 1) kepada para pelajar SMK Taman Molek.
Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti yang diberikan sebaik mungkin dengan menelaah pelajaran dan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Diterbitkan oleh:
Unit Majalah dan Terbitan